Alhamdulilah selesai sudah proses penyerahan borang pendaftaran Persatuan Belia Astana di pejabat R.O.Y (Register Of Youth) di persint 3 Putrajaya. Penyerahan borang tersebut telah diterima oleh pegawai R.O.Y genap pukul 4 petang tadi. ASTANA berharap proses penubuhan ini tidak akan mengalami masalah. ASTANA juga turut berharap ahli-ahli dapat bersama-sama mendoakan kejayaan dalam proses penubuhan ini.
![]() |
| Penyerahan borang pendaftaran di pejabat R.O.Y. |
Untuk makluman, kami telah menyempurnakan mesyuarat penaja pada 7 April yang lalu. Kehadiran En. Roslan Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau telah menyempurnakan lagi mesyuarat penaja tersebut. Ternyata kehadiran beliau ke mesyuarat ini telah membakar semangat ahli-ahli ASTANA pada mesyuarat tersebut.
| En. Roslan dan Saudara Fakaruddin |
| Khusyuk mendengar penerangan En. Roslan |
| Antara yang hadir pada mesyuarat penaja Pertubuhan Belia Astana |
Semoga proses penubuhan Persatuan Belia Astana berjalan dengan lancar. Tertubuhnya persatuan ini , kami percaya anak-anak muda yang menyertai persatuan ini berada di landasan yang tepat untuk menerajui tampuk pimpinan negara kelak.
Sekian Salam 1 Belia 1 Malaysia..

macam mane nak reg?
ReplyDelete30 hb jun nie datang ea.. daftar skali..
ReplyDelete