Saturday, 9 June 2012

Mengenali Melayu Bahagian 1

Salam ASTANA..

Apa itu Melayu? Sejauh mana kefahaman anda tentang Melayu? Apa hubungan Melayu dengan Islam? Persoalan ini sering di tanya oleh masyarakat dan pernah juga di politikkan oleh pihak2 yang rakus akan kuasa..
ASTANA mendengar mukadimah Melayu dari En. Zain Al Johan
Jika di tanya adakah kita orang melayu, adakah soalan ini terjawab? Jika ya, Apa maksud Melayu?

Layanan masyarakat Melayu lama di berikan kepada ASTANA

Anak muda zaman sekarang telah lupa akan kehebatan tamadun Melayu.. Mereka tidak ingat seni-seni orang Melayu lama, seni ukiran, seni lagu dan seni mempertahankan diri.. Walhal seni ini lah yang pernah mengoncang serta mengejutkan dunia satu ketika dulu..

En. Zain menunjukkan Tantuang
Jika di kaji sejarah 500 tahun dahulu, tamadun melayu begitu di segani.. Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca.. Tanah Melayu pernah menjadi tumpuan dagangan dunia.. Ternyata Melayu itu terlalu hebat..
Kharol Nizam cuba membunyikan Tantuang

Cuba kita lihat pada prospek kepintaran orang Melayu pada zaman dahulu, bagaimana Hang Tuah dapat membina perahu dari batu, bagaimana Dato' Shahbandar mampu menguasai 80 bahasa di dunia, bagaimana orang melayu mencipta meriam dan juga bagaimana orang melayu mampu membuat keris dengan 21 salutan besi.. Ini teknologi yang telah di lupakan oleh bangsa Melayu itu sendiri..

Sebagai  anak muda kita jangan lupa akan tamadun hebat yang pernah dicipta oleh Melayu.. Bukan untuk bangga akan Melayu tetapi untuk belajar memperkasakan Melayu..

 “Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya",George Santayana.


 
En. Zain dan Keris Tempa Melaka

 Fakaruddin dan Afiq meneliti Keris Tempa Melaka


ASTANA di beri penghormatan dan peluang untuk mengkaji asal usul Melayu dan kehebatanya.. Insyallah kami akan kembali dengan entri-entri mengenai Melayu dan Sejarahnya.. 


Monday, 7 May 2012

Selamat Pegantin Baru Ahmad Faizul & Anis Nadiah


Salam Astana..

Tanggal 14 April yang lalu, sahabat kita Ahmad Faizul telah selamat di ijab kabulkan bersama pasangan beliau Anis Nadiah. Dengan dua kali lafas sahaja Anis Nadiah sah menjadi isteri kepada Ahmad Faizul.


Dengan kehadiran ASTANA Crew seramai 11 orang, kami tiba di rumah pengantin perempuan di Kampung Ulu Rokan pada pukul 10 pagi. Kehadiran kami di sambut oleh keluarga perempuan.. Majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar sekali.



Pada 21 April, Majlis perkahwinan di teruskan lagi kali ini dirumah pegantin lelaki.. Majlis berjalan dengan lancar dan di serikan dengan kehadiran warga ASTANA.



Kami warga ASTANA mengambil kesempatan dengan mengucapkan selamat pengantin baru semoga dimurahkan rezeki dan jodoh kekal ke akhir hayat.



Tuesday, 17 April 2012

Proses Pendaftaran

Assalamualaikum ASTANA..

Alhamdulilah selesai sudah proses penyerahan borang pendaftaran Persatuan Belia Astana di pejabat R.O.Y (Register Of Youth) di persint 3 Putrajaya. Penyerahan borang tersebut telah diterima oleh pegawai R.O.Y genap pukul 4 petang tadi. ASTANA berharap proses penubuhan ini tidak akan mengalami masalah. ASTANA juga turut berharap ahli-ahli dapat bersama-sama mendoakan kejayaan dalam proses penubuhan ini.

Penyerahan borang pendaftaran di pejabat R.O.Y.

Untuk makluman, kami telah menyempurnakan mesyuarat penaja pada 7 April yang lalu. Kehadiran En. Roslan Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau telah menyempurnakan lagi mesyuarat penaja tersebut. Ternyata kehadiran beliau ke mesyuarat ini telah membakar semangat ahli-ahli ASTANA pada mesyuarat tersebut.
En. Roslan dan Saudara Fakaruddin
Keahlian ASTANA setakat ini adalah seramai 32 orang sahaja. Lebih separuh yang hadir pada mesyuarat kali ini iaitu seramai 17 orang. Keahlian ASTANA masih lagi terbuka dan kami mangalu-alukan lebih ramai anak-anak muda menyertai Persatuan Belia Astana.

Khusyuk mendengar penerangan En. Roslan

Antara yang hadir pada mesyuarat penaja Pertubuhan Belia Astana

Semoga proses penubuhan Persatuan Belia Astana berjalan dengan lancar. Tertubuhnya persatuan ini , kami percaya anak-anak muda yang menyertai persatuan ini berada di landasan yang tepat untuk menerajui tampuk pimpinan negara kelak.

Sekian Salam 1 Belia 1 Malaysia..

Monday, 16 April 2012

ASTANA

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog rasmi Persatuan Belia ASTANA.

Apa itu ASTANA?

ASTANA merupakan sebuah persatuan yang di anggotai oleh anak-anak muda di sekitar Kota, Legung Ulu, Semerbok, Sawah Raja, Penajis dan Astana Raja. Persatuan ini pada asalnya adalah sebuah persatuan alumni bekas-bekas pelajar SKAR dan SEMENDA.

Oleh sebab kebanyakan ahlinya terdiri dari anak-anak muda, jadi kami telah sepakat untuk mendaftarkan persatuan ini dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Nama ASTANA diambil bersempena nama sekolah ASTANA RAJA. Memandangkan ahli-ahlinya berada di luar kawasan Astana Raja, maka perkataan ASTANA sahaja yang dipilih untuk mewakili semua pihak.

Matlamat ASTANA?

Matlamat utama penubuhan Persatuan Belia ASTANA adalah untuk menyatupadukan anak-anak muda dan membantu mereka memahami konsep pengurusan yang sebenar. Selain itu, melalui persatuan ini juga dapat menjaga aktiviti anak-anak muda kampung daripada melakukan aktiviti yang melangar peraturan dan hukum agama.


Jawatan Kuasa Persatuan Belia ASTANA yang dilantik pada mesyuarat penaja pada 7 April 2012.

Barisan Jawatan Kuasa dan Ahli Belia ASTANA.

i)                Pengerusi                                  :  Mohamad Fakaruddin Mohd Sanny
ii)             Timbalan Pengerusi                  :  Kharol Nizam Bin Karim
iii)            Setiausaha                                :  Azim Bin Md. Kasim
iv)            Pen. Setiausaha                       :  Mohd. Afiq Bin Che Ghazali
v)              Bendahari                                  :  Mahadi Bin Mustapar
vi)           Ahli Jawatankuasa :-
                                                                                                                         i.    Nadiah Binti Mohamad Amran
                                                                                                                        ii.    Ramlah Binti Ismail
                                                                                                                      iii.    Ahmad Faizul Bin Mohamad Fauzi
                                                                                                                       iv.    Muhammad Faizul Bin Nordin
                                                                                                                         v.    Mohd. Husaini Bin Zainal
                                                                                                                       vi.    Mohd. Fadhli Bin Nordin
                                                                                                                     vii.    Nurnadia Binti Mokhtar 

 ASTANA menggalakkan penyertaan anak muda kedalam persatuan ini. Semoga dengan 
penyatuan, kita dapat bersama-sama memacu masa depan negara. 

Sekian Salam 1 Belia 1 Malaysia.