Selamat datang ke blog rasmi Persatuan Belia ASTANA.
Apa itu ASTANA?
ASTANA merupakan sebuah persatuan yang di anggotai oleh anak-anak muda di sekitar Kota, Legung Ulu, Semerbok, Sawah Raja, Penajis dan Astana Raja. Persatuan ini pada asalnya adalah sebuah persatuan alumni bekas-bekas pelajar SKAR dan SEMENDA.
Oleh sebab kebanyakan ahlinya terdiri dari anak-anak muda, jadi kami telah sepakat untuk mendaftarkan persatuan ini dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Nama ASTANA diambil bersempena nama sekolah ASTANA RAJA. Memandangkan ahli-ahlinya berada di luar kawasan Astana Raja, maka perkataan ASTANA sahaja yang dipilih untuk mewakili semua pihak.
Matlamat ASTANA?
Matlamat utama penubuhan Persatuan Belia ASTANA adalah untuk menyatupadukan anak-anak muda dan membantu mereka memahami konsep pengurusan yang sebenar. Selain itu, melalui persatuan ini juga dapat menjaga aktiviti anak-anak muda kampung daripada melakukan aktiviti yang melangar peraturan dan hukum agama.
Jawatan Kuasa Persatuan Belia ASTANA yang dilantik pada mesyuarat penaja pada 7 April 2012.
| Barisan Jawatan Kuasa dan Ahli Belia ASTANA. |
i) Pengerusi : Mohamad Fakaruddin Mohd Sanny
ii) Timbalan Pengerusi : Kharol Nizam Bin Karim
iii) Setiausaha : Azim Bin Md. Kasim
iv) Pen. Setiausaha : Mohd. Afiq Bin Che Ghazali
v) Bendahari : Mahadi Bin Mustapar
vi) Ahli Jawatankuasa :-
i. Nadiah Binti Mohamad Amran
ii. Ramlah Binti Ismail
iii. Ahmad Faizul Bin Mohamad
Fauzi
iv. Muhammad Faizul Bin Nordin
v. Mohd. Husaini Bin Zainal
vi. Mohd. Fadhli Bin Nordin
vii. Nurnadia Binti Mokhtar
ASTANA menggalakkan penyertaan anak muda kedalam persatuan ini. Semoga dengan
penyatuan, kita dapat bersama-sama memacu masa depan negara.
Sekian Salam 1 Belia 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment